Sunday, October 31, 2010

Jerawat!

Share it Please
Dulu saya mempunyai kulit yang berjerawat,sangat2 berjerawat.Macam macam produk saya guna,dari yang murah sampai la yang mahal tapi tiada kesan.Apa je produk dah pakai,gamat healing,sendayu tinggi,euromura tapi tak berkesan.Terlalu makan banyak sangat ubat menyebabkan berat badan saya naik.Masalahnya jerawat tidak pulak surut tapi yang peliknya badan pulak semakin berisi.Gambar pada tahun 2008,masa final year.Masa gambar ini diambil saya still student..


Saya masih ingat masa saya zaman sekolah,jerawat memang banyak dekat muka ini,lepas sekolah dan dah ada duit masa itu saya kerja sebagai operator pengeluaran,saya beli jamu kaplet jerawat.Memang berkesan sebab semua jerawat pasir hilang.Lepas itu,saya dh tak gunakan lagi tapi ketika itu wajah saya gelap berbanding kulit tangan dan kaki menyebabkan ramai kawan kawan sekolah dan kolej menegur saya.
Saya mula menggunakan produk temulawak yang ketika itu memang famous pada tahun 2001 untuk mencerahkan kulit wajah.Temulawak memang mecerahkan tetapi masalah jerawat kembali menghantui diri saya.Sejak itu,saya mengalami masalah jerawat,apatah lagi apabila saya mula menggunakan produk sendayu tinggi.
Dari tahun 2002 - 2009,wajah saya bermasalah jerawat,sukar dirawat menyebabkan saya nampak tua dan kelihatan hodoh sekali.Sukar digambarkan perasaan saya,apatah lagi apabila orang yang saya sayang juga turut sama memperlekehkan diri saya kerana saya berjerawat.Kulit saya memang cerah tapi ada merah merah kerana jerawat
Pada 2010,saya teringat yang saya pernah makan jamu kaplet jerawat sari ayu ketika saya masih lagi bersekolah. dan kesannya memang baik.Jadi,saya tekad untuk menggunakan kembali kaplet jerawat sari ayu ini.Puas saya cari dikawasan kota,tetapi tidak ada,kemudian saya pergi pula ke Kulai,nasib baik saya berjumpa dengan kaplet jerawat ini.Harga kaplet jerawat twice pack RM 26.00.Rasanya tidak lah terlalu mahal.Saya menggunakan sebanyak 8 kotak.
Jerawat mula hilang sedikit demi sedikit..Untuk pengetahuan semua,Jamu ini bukan jenis serbuk tetapi jenis kapsul.
Selepas menggunakan selama beberapa bulan,alhamdulilah,masalah jerawat saya dapat diatasi dengan baik tetapi kadangkala jerawat masih lagi timbul kerana saya menggunakan produk N3.Produk N3 ini hanya dijual di Kota Tinggi sahaja.Memang berkesan tetapi saya tidak sesuai dengan krim siang dan malam yang berminyak.Krim siangnya jenis cream dan menyebabkan kulit saya berminyak then akhirnya jerawat tumbuh kembali.Hanya toner 1 yang berkesan dengan saya.So saya mula menggunakan produk NDZ kosmestik.Harga NDZ ini RM 55.00.Alhamdulilah sangat sesuai dengan kulit.
Selain itu,penggunaan bedak rona sutra juga membantu saya mengurangkan masalah jerawat.Bedak rona sutra ini dijual pada harga RM 48.00.Pada mulanya saya memang tak percaya bedak ini bagus sebab saya alah dengan bedak compact, tapi bila dh cuba sanpai 4 unit,saya perasaan kulit semakin halus dan parut parut mula pudar sedikit demi sedikit.Jadi,saya sarankan sesiapa yang mempunyai jerawat,cubalah mana tahu berkesan pada anda juga.
Tapi ada kala keluar juga jerawat kerana macam2 faktor,sekurang kurangnya saya dapat mengatasi masalah kulit muka yang teruk..

P/S :Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk N3 and NDZ bolehlah ym dgn saya or tinggalkan pertanyaan dikotak komen..



Gambar terkini





No comments:

Post a Comment

Leave your comment here and let's me know !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...