RSS

Saturday, April 14, 2012

New life

Lamanya tak menulis di blog ini.Sejak pekerjaan bertukar,segala urusan juga bertukar.Dulu facebook and blog menjadi rutin seharian tapi sekarang sesekali bila ada kesempatan,aku meluangkan masa menjenguk facebook yang telah aku tinggalkan berhabuk.Mungkin kerana telah jemu selama 3 tahun internet menjadi makanan harian.Di office baru bukan tiada internet,tapi sepanjang masa hari bergelumang dengan coding,dgn customer complaint.Tiada masa untuk facebook and mengular didalam internet.Alhamdulilah ini yang aku mahukan selama ini.Kerja dan kerja pada waktu bekerja.

Jawatan baru membawa banyak cabaran dlm hidup aku.IT application programmer.Bukan senang bagi seseorang yang telah meninggalkan bidang ini selama 3 tahun untuk kembali menjadi programmer..Cabaran pertama aku adalah membuat coding menggunakan lotus note selama 6 hari.Aku dibimbing oleh programmer singapore. yang berasal dari Filipina.kadangkala aku rs begitu kecil dibandingkan dengan mereka.Pengalaman mereka dalam bidang programming 3-4tahun dan kebanyakan mereka bukan local people.2 programmer office singapore berasal dari Filipina dan India.Hanya aku sahaja melayu.

Cabaran kedua adalah english. Bayangkan selama 3 tahun,aku tidak pernah berbahasa english,sekarang aku perlu menggunakannya memandangkan boss aku tidak memahami bahasa melayu dan dia adalah bangsa jepun.Jepun yang terkenal dgn pelbagai etika dan peraturan.

Aku buktikan bahawa aku boleh mengatasi cabaran ini dan membuktikan pada boss aku bahawa aku layak untuk mendapatkan jawatan ini walaupun tanpa pengalaman sebagai programmer.Mungkin kerana pengalaman kerja sblm ini menyebabkan aku lebih

singapore menjadi rumah ke dua aku skrg.Seminggu sehingga 2-3 kali ke office singapore.

Penat.!sangat memenatkan,tapi kerana ilmu yang diberikan aku redha menerima semuanya.Ramai cakap aku berani,pergi ke singapore sorang2 tanpa ditemani oleh sesiapa.tidak tahu kekuatan itu datang dari mana.

17hb aku akan onsite support customer di singapore,Moga2 aku blh melakukannya and my boss prove with me..

Thank God for giving me this opportunity...


Read more

Saturday, October 22, 2011

Suasana kerja baru

Suasana kerja baru.Seminggu ini aku ditempat baru.Bagi aku semuanya ok.Mungkin kerana sudah biasa independent,sikap itu terbawa2 sampai ke office baru.Alhamdulilah.First day datang kerja,aku lambat masuk 10 minit sbb jammed teruk dkt kulai.Seram sejuk aku.Terpaksa patah balik and lalu highway.Itula pengalaman aku.

Kerja ok,best bagi aku sbb mungkin takpernah ada geng,tetiba ada geng.Takpernah kuar makan dengan kawan2 perempuan or officemates.Bos..mcm bos lama,selalu takde.Bos aku selalu dkt singapore,so dkt sini kak ida,the admin exec yang jadi mata2.Kak ida,nice person,so kena baik2 dgn dia.Bos aku jepun,perempuan jepun.First time jumpa,aku cakap bos aku memang cantik,mcm anak dara.Suami dia cina.Dia dalam lingkungan 40an.Tapi mmg cantik sesangat.Bos aku ini takde selalu dkt office,semua dia pakai email and skype.So,aku kira bekerja indenpendent la.Selain aku,ada juga programmer baru,dia masuk sebulan awal daripada aku tapi alhamdulilah budaknya ok,nice person.Dia ajar aku banyak benda.

Interesting dkt office balik,dpt claimed minyak pergi balik and juga blh pakai baju pe pun nak pakai.Nak pakai jeans ker,tapi aku dh biasa pakai baju kurung,jadi dkt situ pandang aku pelik.Hehee.Dkt situ,blh makan suka badak ko nak makan.Bos pun tak mare.Tak formal sgt suasanannya.Blh gurau2 antara staff tapi kenalah tunjuk kita ini bersungguh bila buat kerja.

Aku called madi tanya pasal tanya pasal keta,madi tanya aku,budak2 office ok ke tak,aku ckp ok jer.Madi ckp ada tak mcm budak2 site kota.Aku jawab tak and yang lawaknya,madi cakap diaorg orang bandar,kalau budak2 site kota ini orang hulu jadi mcmtu.Entahla aku no komen.Asalkan diaorg boleh terima aku alhamdulilah.Mungkin aku tak nampak sikap sebenar,tapi we are friends,not competitors like PJK.

Dekat situ,fokus kerja hanya kerja yang aku related.Takdela nak kena buat house keeping ker,nak admin,hr and so on.Fokus kerja dkt programming,system analyst,documentation and techincal support.Buat masa ini untuk pc alhamdulilah boleh la aku format and betulkan.Nak jaga performance beb.kena jaga performance aku.Sekarang ini alhamdulilah banyak yang aku tahu,aku buat dkt ofis baru.Kena polish balik english sbb boss aku jepun,tak paham bahasa melayu.
Doakan aku survive tempat baru.Amin!

Read more

Wednesday, October 12, 2011

Episod Emo - 1

2 hari lagi nak tukar title.Title programmer.Entah aku memang minat nak jadi programmer.Aku tak pasti mengapa,sbb aku sukakan cabaran.Aku nak cabar diri sendiri dan menilai kemampuan diri aku.Sikap aku,aku sukakan cabaran,kalau orang pandang rendah pada aku,aku buktikan aku boleh.Memang down dgr orang komen mcm2 tapi aku nak buktikan aku boleh.Orang cakap aku gemuk,aku cuba jadi kurus.Selama ini,aku takpernah berani,takut nak suarakan hak aku,takut org tak suka aku,semua takut.Tapi ending aku duduk bawah telapak dan telunjuk orang.Semua orang nak mengatur aku,aku jadi lalang takde pendirian diri.Bila takdpt jadi diri sendiri,aku mula emosi dan jadi tak menentu.Mula la angin kuis kuis datang sampai orang semua cakap aku berangin.Letih beb duduk bawah telunjuk orang,letih beb jadi bahan gosip dan fitnah orang.Alang alang orang cakap,aku jahat,aku jadi jahat sungguh2.Aku nak jadi diri aku.Aku tak kisah apa pandangan orang lain,yang cakap lebih2 tu berapa dalam dia kenal aku.Belum sedalam aku mengenali diri aku.Even suami isteri pun yang dh kawen berpuluh2 tahun,ada gak sikap pasangan yang diaorg tak tahu.

Orang cakap aku pantang dicabar.Eya,aku tak suka orang cabar aku.Kalau orang cabar aku,aku sahut cabaran itu tetapi tengok tempat dan keadaan.Kalau orang tu cabar yang positif dan juga tak menyalahi undang2 dan juga agama.Aku akan buktikan.


Orang cakap aku degil,eya memang aku degil.Aku degil sbb apa apa keputusan yang aku buat,aku taknak salahkan sesiapa,kecuali diri aku.Aku taknak tunjuk jari dkt orang lain,dan mula salahkan orang.Aku tak suka.Orang cakap aku nak dengar cakap aku jer,memang betul pun,aku berjalan mengikut gerak hati aku dan penilaian aku.takkan semua nasihat orang aku nak ambil,mana aku tahu orang tu baik ke tak,entah2 jeles ke dengan aku ker,mana aku tahu.Aku tak tahu hati orang.Jadi,dalam membuat keputusan,semua segi aku kena ambil.Apa kebaikan untuk diri aku,kebaikan untuk pihak2 lain.Apa akan jadi bila aku tersilap membuat keputusan.Itu semua aku pkir sblm aku membuat sesuatu keputusan selain aku minta Allah gerakkan hati aku.Berikan aku petunjuk.Aku bergerak mengikut kata hati or instinct aku.Aku bergerak mengikut pe aku rasa bukan apa orang rasa.Aku yang mengalami situasi tersebut,aku yang mengetahui per terjadi.Tak semua aku ceritakan pada orang masalah aku.Ada yang aku simpan dalam hati.

Orang cakap jangan main2 dgn aku,eya memang betul.Aku tak suka orang perleceh aku.Aku tak suka orang yang aku tak kenal tetiba je cakap pasal aku.Kalau ko kenal aku,takper ko kutuk2 aku,aku blh terima dengan hati yang terbuka,walaupun tersentap tapi buat bodoh je la mcm takde perasaan.Aku tak suka orang busy body hal2 aku,sbb aku takpernah busybody hal2 orang lain.Aku tak suka ambil tahu hal orang lain.Aku tak suka jaga tepi kain orang sbb tepi kain aku pun aku tak blh nak jaga.Masalah hidup aku pun tak tersettle.Banyak masalah hidup aku yang aku tak blh nak carry on,mcmne aku nak jaga hal2 orang2 lain plk.

Aku memang outspoken dan straight forward,aku cakap pe aku tak puas hati,aku tak simpan sbb nanti aku jadi dendam.Aku cakap kalau aku tak suka,kalau aku rasa aku tak berkenan.Aku tahu aku simpan lama dalam hati nanti jadi gunung berapi,bila aku meletup,mmg lavanya sampai berapi2..Kalau dh lepaskan aku rasa ringan sikit pe aku rasa.Kalau aku tak suka dengan orang tu,aku tak kawan langsung,aku takkan jengah fb dia,baca blog dia,menyibuk hal dia.Aku takkan langsung buat gitu sbb aku menyampah dgn dia.Kalau aku kawan dgn seseorang,aku akan jadi kawan yang terbaik.Aku cuba walaupun setiap manusia tu ada kekurangan.Aku akan bagi suggestion based opinion aku dan sejujurnya.Aku belajar try to forgive and giving second chance when people make mistake.I really hope they also can do that to me..

Accept me as friend,tegur if i make mistakes..do what a friends should do..May my heart recovered as soon as possible...Amin






Read more

Sunday, October 2, 2011

Beli online mahal ke murah?

Selama ini memang cari inner neck untuk pakai dengan selendang sbb kalau pakai inner syria tu mcm tak selesa sangat,terutama kalau pakai selendang jarang,jadi nampakla batang leher.So,masa tu mmg nak pakai sangat inner neck,so google la dalam tenet,so dapatla cari.Harga inner neck RM 25 tak termasuk postage.Bagi saya mahal,tapi sbb tak jumpa so beli jerla,lagi dh terdesak nak pakai.Ros cakap mahal milin..mmgpun tak mmg nak guna,so beli jela.Walaupun rasa mmg mahal.Setakat inner neck.Masa sampai,terus buka,then tengok,kainnya terlalu lembut sampai tak blh nak bentuk.Masa tengok dalam website cantik jer owner dia pakai.So rasa mcm menyesal beli,lagi menyesal beli bila dkt sini,harganya hanya RM7.90.alahai rugi banyak betul.Berganda..tapi nak buat mcmne..

Tapi ada gak benda yang tak mahal dan cantik.Risiko beli online adalah kadangkala apa yang kita harapkan tak capai target.Mungkin sbb kita tengok gmbr,yang mungkin di edit untuk menarik minat pengguna,tapi bila dh beli,warnanya,bentuknya tak menarik minat kita.Setiap sesuatu yang kita beli,ada risikonya.so,bergantung kepada kita nak beli ataupun tidak..


Read more

Wednesday, September 14, 2011

Finally


Finally i got other job.Merajuk mungkin kot.I am not strong enough to be alone,to do all jobs alone without no assistant.Lagi2 dengan program latihan 1 malaysia.Otak aku berserabut..aku tak mampu berfikir lagi.Aku tak pandai nak arrange semua kerja sendiri.Aku letih sesangat.Dengan kampung wifi lagi,dengan training,dengan nak mengajar.Dengan masalah ex aku yang giler bayang dengan aku.Aku tak nampak jalan keluar kecuali aku berhenti kerja daripada sini.Allah permudahkan urusan aku.AKu dapat kerja lain..IT application programmer.Alhamdulilah....I ready to fly and to start new life.....may Allah bless me always........

Read more

Sunday, September 11, 2011

Bila aku gemuk

Bila aku baca blog cik epal,aku rasa bersemangat.Tak sangka orang yang cuit muit mcm cik epal tu pernah mengalami kegemukan dan juga jerawat yang penuh satu muka.So,aku nak tulis pasal kegemukan dan juga masalah jerawat.

2 tahun kebelakangan ini orang asyik kata aku gemuk.Aku rasa aku tak gemuk sebab baju masa aku muda belia dulu masih lagi boleh sarung ke badan ini.Pernah sekali aku terserempak dengan kawan sekolah aku dekat tesco,dia cakap milin,ko gemuk sekarang ek,mcm dh kahwin.Depan2 orang masa itu.Malu betul aku.Memang zaman sekolah dulu2 aku kurus sangat sebab tak makan,hehehe..keluarga susah masa itu.Berat pun 45-50kg.Itu jer berat aku.Masa belajar pun takdela gemuk sangat sampai angka 6.Dulu kulit aku kusam je,gelap,itam tapi takde jerawat.So aku tersilap pakai satu produk terkenal,terus resdung aku aktif..Naik turun naik turun.Masa itu aku masalah resdung dan juga jerawat beranak2 dekat muka ini,aku started taking medicine to reduce resdung and pimple.Masalah tak solve tapi badan pulak makin berisi.Lagi bila aku makan gamat healing.Memang makin di pam2 badan ini,sbb selera makan makin bertambah.Asyik lapar memanjang je.Aku stopped makan gamat ilang.Badan makin naik dan juga jerawat tak hilang.Macam macam produk aku cuba tapi takde kesan.Sampaila umur aku 27 tahun.Jerawat still lagi ada.Bila kena panas memang nampak sesangat kulit jadi merah kemerahan ms udang kena panggang.

Aku putus asa dan juga rasa rendah diri sesangat.Walaupun semua puji kulit badan aku gebu,dan selalu persoalkan kenapa muka aku tak mcmtu.Kalau kulit muka mcm kulit tangan,cantik.Aku diam sahaja.Bukan aku tak cuba nak beli produk ke apa ke,aku dh cuba semua produk dekat pasaran,dari yang murah,yang ada peeling.Cuma aku tak pernah pergi doktor pakar,sbb aku tahu mahal sesangat sampai beratus2.Mak dh mula bising2.Eyala aku kan anak perempuan tunggal.Apabila orang started complaint,mak pun terasa gak.Mula2 dia membebel cakap aku tak pandai jg mukala,taknak itu la,inila..Duit dh beribu2 habis guna.Tapi muka tak ok.Sampai aku jumpa satu akak ini,akak ni kerja dkt satu kedai jamu,dia suggested makan trushealing untuk ilangkan resdung.Aku cakap eya ke kak,berkesan.Aku pun makan.Tak sampai 3 botol,resdung dh ok.Aku penat nak ambil pil,so others alternative buat bekam lintah dekat muka.Aku rasa sampai 10 kali kot aku buat,alhamdulilah ok.Aku amalkan jugak petua tradisional selama sebulan.Bila pakai produk terus okay.Aku tak tahu aku pakai produk pe,parut2 semua gone dan kulit bersih.

Bila muka aku jadi balik teruk lepas salah pakai produk terkenal,aku jadi down sesangat.Orang tegur.kulit memang nampak sangat2 kusam dan itam terutama dkt bekas2 jerawat.Memang bc tu dh bayar duit aku,tapi aku sebenarnya masih marah,sbb dia dh rosakkan kulit muka aku sampai teruk sekali dan tak admitted kesalahan dia.Member aku ckp dgn aku,kulit kita ni sepatutnya pakai f2 or f1 sbb kulit dewasa mostly combination or normal skins.Ayat yang keluar kulit awak dh rosak.Aku mana tahu.Dh teruk aku cuba pakai yang sama gak tapi pakai timewise,makin teruk jadinya.So aku stopped tak pakai dah.Aku skrg pakai je pinus soap dgn moistrizer cosway.Pinus soap ini untuk resdung n jerawat.Alhamdulilah pakai 2-3 hari,dh nampak kesan.Memang gatal2 muka sbb aku ada resdung kot.Kulit dh makin ok.Harga pun tak mahal baru rm 14 jer.Berbaloi aku pakai.Takkan ku tukar lagi dh...Ini dh kira ok drp haritu.Walaupun masih banyak lagi bekas2 yang menempel dan bekas bekas jerawat nampak itam tapi aku rasa dh ok dh.Yang penting kulit nampak cerah.

Badan pun makin slim sbb aku blh pakai baju kurung size 40.Baju raya aku tahun ini size 40.Terkejut aku.Beza tu,daripada 44 ke 40.Aku kurangkan makan nasi.Bulan puasa,aku makan nasi sikit jer.Dalam 2 senduk.tapi lauk aku ambil penuh satu pinggan.Aku amalkan sampai skrg ini makan mcmtu.Memang nampak ada perubahan,badan aku kurus.Besides that,aku minum susu omega plus sbb bagus untuk reduce fat dan kolestrol.Kalau fat dh takde,blh jadi kurusla sbb aku banyak ternak lemak dalam badan.Kalau tengok aku ini,takdela besar benar,tapi lemak aku banyak kot.Minum susu tu memang bagus,takde selera sangat nak makan.Jadi memang kurang makan aku.Dekat ofis pun aku cuma minum 3 in 1.Nanti nak beli kurma dengan susu,blhla minum dengan ofis.

Lemak2 dkt lengan,perut,betis dh mula surut sbb aku pakai losyen mustajab.Abang aku cakap,cah ko nampak kurus.Ku suka sesangat.Sekarang proses untuk maintain je apa yang ada.Aku bersyukur sesangat,kerana dengan adanya ujian untuk muka dan badan.Aku lebih menghargai apa yang aku ada.Nanti aku tunjuk gambar sekarang yer..Aku takde ambil gmbr terkini sekarang ini.

Read more

Bila mak takde...

Mak aku pergi merisik dekat Perak untuk abang aku.Hari jumaat mak pergi dengan ayah,abang dan juga pakcik sedara.Aku tak pergi sbb am aku pulak berkahwin cuti selama 1 week,so kalau aku pergi,maknanya PJK kena tutup.Maknanya aku tinggal seorang diri.Kecut jugak aku tinggal sorang diri dekat rumah.Rumah masa itu bersepah2 sbb mak aku nak pergi cepat,jadi tak sempat nak kemas.Pagi nak pergi kerja itu,aku pergi kemas umah dl,aku kemas bilik abang aku,kemas bilik mak,kemas bilik aku.Kemudian basuh pinggan mangkuk yang berlonggok.Aku tak sempat nak sapu,sbb dh terlambat nak pergi kerja.Baju dekat jemuran pun aku tak sempat nak angkat.

Bila mak takde,aku balik umah sunyi sesangat.Tiada lauk terhidang di atas meja macam selalu,rumah terasa sangat sangat sunyi.Sampai rumah,aku terus ambil penyapu,sapu satu rumah,tak sempat nak basuh toilet.Baju dekat jemuran semuanya basah lecun,aku tak angkat sbb aku ingat tak basah,eyalah jemur dkt dalam.Nampaknya kena basuh balikla baju2 tu..aku ingat nak basuh baju hari ini,tapi tak sempat,padahal bukan tak sempat,tapi aku tak pandai nak sambung pipe ke mesin.Dh siap kemas,aku pergi dapur,masak nasi dan juga masak lauk.Masak simple2 jer..Ni gmbr lauk yang aku masak.Dah kenyang masuk dalam perut..hehee..Siap bertambah nasi sbb aku tak makan nasi masa tengahari.Jadi lapar sesangat.


Xpela,practice jadi isteri sikit,kena biasa2 kan diri.Esok dh kawen semuanya kena buat sendiri,kenalah buat jadual untuk diri sendiri.Pagi2 mak dah called,sbb mak risaukan aku duduk dekat rumah sorang.Dia balik hari ini,Mungkin malam kot dia sampai..Harap2 bila dia sampai aku dh sampai rumah dulu,aku nak basuh baju aku dan juga lipat baju..ehehehhe..kalau tak lagu negara ku akan berkumandang..Sunyinya hidup tanpa ibu dan ayah disisi....Moga Allah pinjamkan aku,ibu dan ayah aku untuk beberapa tahun lagi..Amin
Read more
 
Copyright Jars of My Heart 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.